Tuesday, October 30, 2012

Kek Velvet Pelangi Kukus


Wah....tgk gambar kek ni mesti teruja kan. Penuh warna warni gitu. Memandangkan semalam aku cuti, makan mood nak buat kek tu datang membuak-buak. Dah lama dok perhati resepi kek ni kat internet. Buat RnD sikit untuk pastikan resepi yg di ikut tu adalah yang terbaik, maka terhasillah kek Velvet Pelangi kukus yg penuh warna-warni ni. Rasanya.....wow....sangat sodap. Teksturnya pun juga lembut dan gebu. Anak-anak suka sangat-2 dengan kek ni.

Utk kek ni, aku guna 7 warna. Pink, hijau, biru, kuning, putih(warna original adunan), purple (hasil campuran warna biru + pink) dan oren (campuran warna pink + kuning). Meriah gitu kata ko. Sapa-2 berminat nak buat, silalah rujuk resepi dibawah:


bahan bahan (loyang 8")

4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
3/4 cawan gula halus / perang (180g)
1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak
3/4 sk baking powder
1/2 sb penuh ovallete
1/4 sk garam
7 1/2 sb susu sejat (120g)
1 sk esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g)

1.Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.

2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.

3.Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.

4.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.

5.Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.

6.Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.

 7.Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.

Setelah sejuk,potong dan hidangkan.

7 comments:

Anonymous said...

salam kak...
kak mksud kak Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis..mksdnya cane??ke kak kukus selapis??bkn ke..kalo kita letak selang seli mesti semua wrna akn bercampur kn??nk kek jd mcm kak..hhuhuuu

Ummi Sofia said...

bukan kukus selapis. Kukus sekali je. Tapi masa letak adunan tu selang seli, maksudnya mula2 letak warna merah kat tengah-2 loyang, pastu warna hijau, pastu warna kuning...dan seterusnya sampai adunan habis. Lepas tu baru kukus. Letak seli camtu warna tak akan bercampur. Cuba cari kat youtube cara buat selang seli tu.

Anonymous said...

Slm sis kt youtb bk search ap ye nk tgk care wt selang seli 2?

Tok Man Homestay said...

Salam..sy baru cuba td..alhamdulillah menjadi. Hubby pun suka..rasa macam kek lapis Sarawak pun ada..hehehe..

Nad said...

Salam there, selalu saya buat kek coklat kukus, ni google, jumpa yg non coklat punya...cantik sgt2 kek ni...esok nak buat utk party kat sekolah anak.

Barakallah for sharing.

Unknown said...

Salam , tadi sy baru cuba buat kek ni . Sebelum kukus , warna kek ok je . Bila siap kukus , buka alum. foil tu warna kek bercampur campur . Kenapa ek ? Sy baru nak belajar buat kek ni . Harap akak sudi membantu .

intan shuhada said...

cantik kek ni sebab bnyk sgt warnanya....biase 3 colours je prnat wat... bole cuba pasni...tq for sharing..